Thursday, November 4, 2010

PENGENALAN KEPADA ROBOTIK

TAKRIF:ROBOTIK & ROBOT

ROBOTIK: pengetahuan tentang robot
ROBOT : peralatan mekatronik yang boleh berkendali secara robotik

KEPENTINGAN & KEPERLUAN ROBOTIK

1. dapat melakukan tugas untuk menghasilkan pengeluaran yang berkualiti dengan kuantiti yang besar
2. dapat bekerja dalam suasana bahaya tanpa perlu mempertimbangkan keselamatan & keselesaan seperti penghawa dingin, lampu, pakaian keselamatan & penyedut udara panas
3. dapat bekerja secara berterusan tanpa letih, cuti, mengambil alih tugas & tidak perlukan insuran perubatan sebaliknya manusia perlu kepada semua perkara ini
4. dapat melaksanakan tugas berulang kali dengan memberi kejituan yang tinggi ketika dalam kawalan
5. dapat melaksanakan tugas dengan lebih cepat dan tepat

KEGUNAAN DALAM KEHIDUPAN HARIAN



1. operasi pengawasan-penggunaan kamera untuk mengesan pesalah jalan raya
2. operasi perubatan-melakukan pembedahan pemindahan tulang dan sendi manusia
3. operasi membantu orang tidak upaya-mengambil makanan dll
4. operasi di kawasan berbahaya-membersih & menyelenggara sistem (kawasan radioaktif)
5. operasi pembersihan bawah laut-membersih tumpahan minyak

Friday, May 21, 2010

TERIMA KASIH

assalammualaikum....
pertama sekali saya ingin ucapkan terima kasih kepada kawan saya yang telah membantu saya dalam menghasilkan blog ini...mulanya saya sendiri tidak tahu bagaimana untuk membuat blog...alhamdulillah selepas kawan saya mengajar saya...terhasil juga blog ini....ini adalah kali pertama saya menulis dalam blog ini...selepas ini saya akan memuatkan seberapa banyak ilmu yang saya perolehi semasa belajar di IPG KAMPUS TEMENGGONG IBRAHIM untuk dikongsi bersama dengan orang ramai...saya berharap apa yang bakal terkandung dalam blog ini dapat membantu sedikit sebanyak dalam pencarian ilmu anda semua...akhir kata saya sekali lagi ingin mengucapkan ribuan terima kasih atas bantuan kawan saya...