Friday, November 4, 2011

FALSAFAH KESELAMATAN DAN KESIHATAN

1.1 Istilah Keselamatan, Kesihatan dan kemalangan

• Keselamatan :- Keadaan yang terpelihara atau terhindar daripada bahaya, ancaman atau gangguan daripada keadaan fizikal atau persekitaran yang tak menentu

• Kesihatan :- Ketiadaan risiko yang boleh menyebabkan kemudartan dan kecederaan kepada tubuh badan seperti kemalangan, penyakit atau bencana alam semula jadi (Edward Wen1989)

• Kemalangan :-Peristiwa yang tidak dirancang dan memberikan keputusan yang tidak boleh diterima

1.2 Konsep utama keselamatan

• Tingkah laku manusia

 Tindakan manusia (human error) boleh mengganggu keselamatan dan menjadi punca berlakunya kemalangan

 Mengurangkan kesilapan yang dilakukan manusia boleh mencegah kemalangan

• Mencegah kemalangan

 Mencegah kemalangan daripada berlaku

 Mengawal kemalangan daripada berulang kembali

1.3 Teori Keperluan Manusia Maslow

• Keperluan fisiologi

• Keselamatan

• Kasih saying & kepunyaan

• Kebanggaan

• Pencapaian kendiri

1.4 Falsafah Kehidupan yang Selesa

• Sikap – kecenderungan atau kesediaan untuk bertindak balas secara positif atau negatif

• Tabiat – tindakan atau respon secara automatik terhadap sebarang ransangan

• Nilai – prinsip yang telah lama dibentuk dan dapat bertahan sehingga menjadi sebahagian dalam kehidupan

1.5 Teori dan Model penyebab kemalangan

• Teori Penyebab Domino

 Faktor 1 : Persekitaran Sosial dan Keturunan

o Sifat-sifat yang tidak baik yang dimiliki samada dari keturunan atau pembentukan melalui persekitaran

 Faktor 2 : Kesilapan Manusia

o Sikap sambil lewa, panas baran, cuai dan yang boleh menyebabkan berlaku tindakan yang tidak selamat

 Faktor 3: Tindakan tidak selamat dan / atau bahaya mekanikal atau fizikal

o Gurauan kasar, sikap semasa bekerja, pemakaian dan keadaan persekitaran fizikal atau mekanikal yang menyebabkan tidak selamat atau bahaya

 Faktor 4 : Kemalangan

o Insiden yang menyebabkan kecederaan

 Faktor 5 : Kecederaan

o Melecet, lebam, luka, patah atau kecederaan yang disebabkan kemalangan

• Model Faktor Kemanusiaan Ferell

 Beban lebih

o Ketidaksepadanan antara beban dengan keupayaan individu yang merangkumi tugas, persekitaran, emosi dan situasi semasa

 Ketidaksuaian

o Tindak balas atau respon yang tidak betul atau tidak sesuai terhadap sesuatu situasi

 Aktiviti salah

o Melakukan aktiviti salah disebabkan tidak tahu atau sengaja melakukannya

• Model Penyebab Kemalangan – Insiden Petersen

 Beban lebih

 Jerat ergonomic

 Keputusan untuk membuat kesilapan

• Model Sistem Firenza

No comments:

Post a Comment