Monday, January 31, 2011

WaNiTa & SuKaN

Pengenalan:

Peranan wanita dalam arena sukan amat berbeza dari sebuah negara dengan negara yang lain. Tetapi dalam dunia sukan nampak dengan jelasnya bahawa penyertaan wanita kini telah menjadi semakin terserlah. Penyertaan mereka dalam bidang sukan sekarang telah menjadi lebih nyata lagi. Mereka sekarang dapat melepaskan diri daripada ikatan sosial, politik, perundangan dan hukum adat. Apabila perkataan atlit di gunakan bermakna bahawa mereka yang melibatkan diri dalam bidang sukan itu adalah sama rata tanpa mengira sama ada peserta itu dari kalangan kaum lelaki ataupun wanita.

Peranan Bersama

* Mengemblengkan tenaga di semua peringkat sukan
*Bergiat secara aktif dalam perlakuan atlitit
*Melibatkan diri dalam bidang kejurulatihan
*Mengadakan & menyediakan kemudahan dan peralatan
*Bertungkus lumus mengumpulkan dana
*Bergerak cergas dalam pentadbiran sukan

Faedah Sukan

(1) Nilai Hidup
sukan banyak memberi manfaat dan faedah dalam kehidupan masyarakat dari dahulu hingga sekarang. Selain itu, sukan dapat mewujudkan keadaan hidup masyarakat yang lebih baik.Bahkan membawa kesuburan mental dan fizikal dalam hidup mereka.

(2) Semangat
Mereka yang melibatkan diri dalam jurusan sukan dapat menanamkan semangat keberanian. Selain itu, para peserta dapat menyesuaikan diri untuk berdiri sama tinggi dan duduk sama rendah dengan orang lain. Malahan sukan dapat menyemaikan semangat persahabatan dan hormat menghormati di kalangan peserta.

(3) Gaya Hidup
Dengan sukan, bukan sahaja keadaan fizikal menjadi bertambah baik dan kuat tetapi semangat mereka menjadi lebih kental dan bersemarak lagi. Tambahan itu, sukan mengeratkan dan memperkukuhkan persefahaman dan semangat kesetiawan dalam kalangan masyarakat. Dari segi kesihatan individu aktiviti fizikal yang terdapat dalam sukan membawa kecergasan dan kesihatan dalam diri mereka.

(4) Manfaat
Kegiatan sukan dapat mewujudkan dan mempertingkatkan keazaman, keyakinan diri dan semangat pertandingan yang sihat. Semangat dan moral yang baik yang dibawa oleh sukan itu banyak memberi manfaat kepada ahli-ahli sukan tanpa mengira jantina. Peserta-peserta wanita juga memainkan peranan yang sama dalam mengharumkan negara dalam kegiatan sukan. Mereka harus diberi peluang yang sama mencapai kecemerlangan dalam dunia sukan.