Pada 30 Jun 2011 yang lalu..
saya bersama rakan sekumpulan iaitu
Nor Asilah Zulkiflee telah melaksanakan
percubaan amali masakan..
Menu yang kami buat ialah Kek Madeline,
Pulut Panggang & Air Kopi...
Huhuhuhu...
Penat tau berdiri lama untuk siapkan
semua tu..
erm..
K, disini saya sediakan bahan-bahan dan cara untuk
membuat KEK MADELINE dahulu... Pulut Panggang entry akan datang...
MADELINE
BAHAN-BAHAN
90gm tepung gandum diayak bersama dengan 1 camt bahan penaik
60gm marjerin/mentega diputar bersama 60gm gula halus
1 biji telur (dipukul)
1 camt esen vanila
BAHAN HIASAN KEK
1 camt jem raspberi (dipanaskan)
2 camb kelapa parut kering
4 biji ceri berglis (dibelah dua)
7 mangkuk kertas
Cara Penyediaan
1.Menyediakan acuan deriole dan ketuhar
- Griskan 7-8 acuan deriole, taburkan sedikit tepung dan letak dalam tin pembakar
- Panaskan ketuhar 200^c
2.Menyediakan adunan kek
-Putar majerin/mentega dan gula hingga ringan dan gebu
-Masukkan telur sedikit demi sedikit ke dalam adunan dan teruskan memutar adunan
-Masukkan esen vanila.Putar rata.
-Ulangi proses hingga semua telur teradun.
-Kaup dan balikkan tepung dengan camca logam.
-Isikan adunan sama banyak ke dalam acuan.
3.Membakar kek
-Bakar di tetingkat atas selama 20-25 minit hingga rata dan kekuningan
-Angkat kek dan keluarkan dari acuan.
-Sejukkan di atas redai kek
4.Menghias kek
-Ratakan tiap-tiap bahagian kek (potong sedikit)
-Sapukan Madeline dengan jem yang dipanaskan
-Golekkan pada kelapa parut kering
-Letakkan kek itu dalam mangkuk kertas dan hiaskan dia atasnya dengan buah ceri
Tadaaa...dah siap pun kek madeline..
Inilah hasil yang saya buat bersama rakan kumpulan saya