Saturday, May 14, 2011

KETAKSAMAAN PELUANG PENDIDIKAN

KETAKSAMAAN PELUANG PENDIDIKAN
1.Kelas sosial
2.Jantina
3.Kumpulan minoriti
4.Murid berkeperluan khas
5.Isu-isu ketaksamaan peluang pendidikan

KELAS SOSIAL
Kelas sosial berkaitan dengan sesuatu kelompok dalam masyarakat
Kelas sosial dilihat dari segi kuasa, politik, kekayaan, pendapatan, martabat, pekerjaan atau hubungan dengan punca-punca pengeluaran
Contoh kelas sosial dalam masyarakat kapitalis:
• Bourgeoisie : memiliki punca-punca pengeluaran, pengagihan & pertukaran
• Proletariat : memiliki tenaga kerja sahaja
Aspek ketaksamaan pada masa kini meliputi :
• Kemudahan mendapatkan guru
• Bahan-bahan rujukan
• Peluang kerjaya selepas tamat belajar
5 kelas sosial mengikut Max Weber:
• Golongan atasan : orang kaya, ahli korporat (golongan bangsawan)
• Golongan kedua : (pertengahan atasan) b’pendidikan tinggi, professional & memegang jawatan yang baik dalam organisasi
• Kumpulan ketiga : (pertengahan bawahan) lulusan sekolah menengah, pemegang sijil serta diploma
• Kelas pekerja : pekerja kolar biru (b’pendidikan PMR & SPM)
• Golongan terakhir : (golongan bawahan) kais pagi makan pagi & kais petang makan petang, tidak melalui pendidikan formal
Faktor kelas sosial mempengaruhi pencapaian akademik murid seperti :
• Tahap ekonomi : miskin @ berada
• Tahap kesihatan : kemudahan mendapatkan rawatan
• Tahap persekitaran : struktur keluarga, pengaruh luar(rakan,masyarakat)
• Jurang pendidikan : jenis sosio-ekonomi, tahap keupayaan murid
• Kekurangan kemudahan asas di sekolah
• Kekurangan murid & guru terlatih
Cabaran KPM :
• Memberi kemudahan infrastuktur & kemudahan ICt kepada sekolah-skolah luar Bandar berbanding sekolah Bandar
• Pembestarian sekolah:melengkapkan sekolah luar Bandar dengan makmal computer dan perkakasan yang mencukupi
• Member rangkaian akses jalur lebar SchoolNet
Program bantuan KPM:-
• Rancangan Makanan Tambahan (RMT)
• Kumpulan Wang Simpanan Pelajar Miskin (KWAPM)
• Bantuan Makanan Asrama
• Bantuan Perjalanan dan Pengangkutan Murid
• Jaket Keselamatan
• Elaun Bulanan Pelajar Kurang Upaya
• Skim Pinjaman Buku Teks (SPBT)
• Skim Baucer Tuisyen (SBT)
• Biasiswa Kecil Persekutuan (BKP) dan Biasiswa Kelas Persediaan Universiti
• Asrama Harian

JANTINA
Zaman penjajah:peluang melanjutkan pelajran diberikan kepada lelaki
Wujud segregasi pekerjaan mengikut gander
Faktor peningkatan status ekonomi wanita (Siti Rohani Yahya,89&98):-
• Kemudahan dan peluang pendidikan yang sama antara lelaki dan wanita
• Pertumbuhan ekonomi yang pesat dan perubahan dalam proses perindustrian
• Pelaksanaan Dasar Ekonomi Baru-peralihan wanita dari luar Bandar ke bandar
Penglibatan wanita dalam pendidikan sangat menggalakkkan
Guru perlu mengambil kira faktor jantina dalam melaksanakan pengajaran di dalam kelas

KUMPULAN MINORITI
Kumpulan etnik dalam sesebuah masyarakat yang mempunyai jumlah ahli yang kecil
Faktor geografi mempengaruhi kumpulan etnik ini. Contohnya masyarakat pendalaman kaum asli,kadazan,iban
Kumpulan minority boleh dibahagikan kepada dua:-
• Bersifat Negatif – tingkah laku bermasalah sehingga mampu mengugat keharmonian disiplin di sekolah
• Bersifat Positif – kumpulan ulat buku, suka menghias sekolah, suka mencari maklumat di internet, cenderung kepada keagamaan dll.
Perlu diberi perhatian agar tidak tercicir dalam arus pendidikan

MURID BERKEPERLUAN KHAS
Kategori Murid Berkeperluan Khas:-
• Kategori masalah
• Kategori masalah khusus
Mempunyai kecerdasan yang amat rendah dan hadapi masalah dalam menyesuaikan diri di sekolah biasa dan dalam kalangan masyarakat
Kanak-kanak pintar cerdas merupakan golongan yang mana kebolehan mental lebih tinggi daripada rakan sebaaya
Kanak-kanak pintar cerdas juga mempunyai masalah komunikasi, penyesuaian dengan sistem persekitaran dan pandangan orang lain
Guru perlu membantu kanakan-kanak ini dalam mengatasi masalah mereka
7 kategori kanak-kanak istimewa yang perlukan Program Pendidikan Khas:-
• Kerencatan mental
• Bermasalah pembelajaran
• Kecelaruan tingkah laku
• Cacat pendengaran dan bermasalah komunikasi
• Cacat penglihatan
• Cacat fizikal
• Pintar cerdas dan berbakat istimewa
Masalah murid berkeperluan khas:-
• Kecelaruan tingkah laku (hiperaktif/hiperkinetik)
• Tingkah laku ketidakmatangan yang agak ketara
• Kurang beri perhatian dalam setiap aktiviti yang dijalankan
Murid sebegini perlu ditangani sebaik yang mungkin supaya tidak tercicir dari arus pendidikan

ISU-ISU KETAKSAMAAN PELUANG PENDIDIKAN
Orang Asli
• Tinggal di dalam atau pinggir hutan
• 3 rumpun bangsa :- Senoi, Negrito dan Melayu Asli
• Faktor ketinggalan dan terpinggir:-
1.Infrastruktur dan prasarana kurang lengkap
2.Tiada persaingan yang sihat dalam aspek kemajuan pendidikan (golongan bijak pandai masih kurang)
3.Taraf sosio-ekonomi rendah
4.Penyediaan tenaga pengajar agak sukar
5.Minat yang rendah
6.Persekitaran-ibu bapa kurang mengambil isu pendidikan dan tiada tekanan untuk berubah
7.Cara hidup tertumpu kepada hutan-mendorong berhenti sekolah awal
Indigenous
• Penduduk pribumi di pendalaman Sabah & Sarawak
• Masyarakat dan etnik yang tinggal jauh di pedalaman dan masih belum menerima sebarang perubahan dunia luar
• Taksub kepada kehidupan yang dibina sejak dahulu & berpegang kepada budaya hidup tradisional
• Belajar melaui pengalaman
• Proses belajar mencakupi:-
1.Mengalami sesuatu secara nyata
2.Memikir secara konseptual
3.Mengamati sesuatu sambil merenung
4.Mencubanya dalam situasi lain yang lebih luas
• Berbeza dari segi kawasan tempat tinggal, ekonomi, sosial dan budaya
• Kaum terbesar di Sabah:- Kadazan,Bajau,Murut,Suluk & orang Brunei
• Kaum terbesar di Sarawak:-Melayu,Melanau,Iban,Bidayuh,Penan & Kelabit
Masyarakat pendalaman
• Faktor ketaksamaan:-
1.Kurang guru pakar yang berpengalaman
2.Pertumbuhan pusat urban yang lembap
3.Suasana sosio budaya kurang merangsang
4.Jurang digital wujud- perbezaan dari segi akses kemudahan ICT
5.Murid-murid tidak berminat dan tidak tertarik untuk belajar
6.Penggunaan bahasa pertuturan kaum (guru perlu kuasai bahas pertuturan kaum)
7.Ibu bapa tidak mementingkan pendidikan anak-anak
8.Jurang pendidikan :- sosio-ekonomi,tahap pencapaian murid

No comments:

Post a Comment