- Satu kaedah yang digunakan untuk mengumpul dan merekod bukti pencapaian pelajar dalam satu jangka masa yang dipersetujui bersama.
- Terdapat beberapa jenis portfolio untuk tujuan dan konteks pembelajaran yang berbeza.
- Selain portfolio, rekod anekdot dan lain-lain bukti pembelajaran yang lain boleh digunakan untuk menghasilkan penilaian yang menyeluruh.
- Berbentuk dokumentasi yang berstruktur.
- Memerlukan perancangan, pelaksanaan dan penilaian yang teliti.
- Proses pembelajaran dijalankan secara kolaboratif untuk mencapai kefahaman dan mendokumentasikan pemikiran secara kritis dan kreatif serta pemilihan maklumat dan fakta dari peringkat awal hingga ke akhir.
Tujuan portfolio
- Memberi peluang pelajar mendokumentasi kemahiran dan pengetahuan yang diperoleh melalui pengalaman sewaktu menyempurnakan tugasan.
- Menggalakkan pelajar menyemak dan menganalisis pembelajaran mereka secara sistematik.
- Menyediakan ruang pelajar membuat refleksi dan menentukan matlamat peribadi.
Kegunaan Portfolio
- Menilai perkembangan dalam satu tempoh (authentic assessment).
- Menilai perkembangan kemahiran dan kebolehan.
- Digunakan bagi menggambarkan keperluan spesifik dalam penyempurnaan gred.
- Menilai secara sumatif pembelajaran.
- Menunjukkan kesesuaian kurikulum dan kejayaan pelajar
Ciri-ciri Portfolio
- Menggambarkan sejelas-jelasnya aktiviti pelajar iaitu rasional, matlamat, halatuju, prosedur kerja, pengalaman dan harapan.
- Sesuatu yang dilaksanakan oleh pelajar secara auntentik. Ini adalah kaedah konkrit untuk pelajar menghasilkan kerja melalui pengalaman sendiri ketika melakukan kerja-kerja amali atau kerja-kerja lapangan.
- Menunjukkan perlakuan pelajar yang dibimbing oleh guru seperti ulasan, komen, dan cadangan harus direkod untuk menghadapi dan mengatasi sesuatu tugasan pembelajaran.
- Membuat catatan pembimbing yang membantu pelajar merenung dan membuat refleksi tentang kerja yang dibuat untuk menentukan tindakan susulan.
- riteria penilaian yang dipilih diterangkan dan dipersetujui bersama dengan pelajar sebagai penggalak kepada pelajar untuk mengambil bahagian secara aktif.
Jenis-jenis Portfolio Yang Boleh Dibina.
- Portfolio Kerja Harian
- Portfolio Hasil Terbaik
- Portfolio Dokumen
Kebaikan Penilaian Portfolio
- Penglibatan murid sepenuhnya dalam pengajajaran dan pembelajaran
- Guru mendapat banyak maklumat untuk menilai pencapaian muri-murid
- Merupakan satu cara untuk menilai tahap perkembangan murid-murid
- Dapat memotivasikan murid-murid dan meningkatkan tahap kefahaman kendiri mengenai tugasan pembelajaran yang diberi oleh guru.
No comments:
Post a Comment