Monday, November 7, 2011

SOALAN JENIS OBJEKTIF

DEFINISI

• Perkara atau alat yang digunakan untuk mendapatkan respon.

• Satu bentuk instrumen pentaksiran yang menggunakan item objektif

• Sesuai digunakan untuk mentaksir pengetahuan, kemahiran intelektual dan kemahiran berfikir

• Memerlukan pelajar menulis atau memilih satu jawapan yang betul atau paling baik

• Dibentuk daripada beberapa item objektif yang boleh diperiksa secara objektif iaitu pemeriksa berlainan memperolehi skor yang sama ketika memeriksa tindak balas yang serupa (Gronland,1977).


Antara contoh soalan berbentuk objektif:

• Item jenis pendek

• Item jenis padanan

• Item jenis anekapilihan

• Item kloz


Soalan berbentuk objektif terbahagi kepada dua jenis:
• Item respon bebas

• Item respon tetap (item objektif pilihan)

• Item respon bebas

Item respon bebas

• Calon meneliti soalan dan menuliskan sendiri jawapan sendiri.

• Biasanya jawapan yang ditulis pada hujung soalan.

• Terdapat juga soalan yang berbentuk melengkapkan penyataan.

Contoh;

1. Apakah lawan bagi perkataan rajin ? ________

2. Kita mesti ______bermain sekarang sebab hujan.

Item respon tetap (item jenis pilihan)

• Pelajar memikirkan jawapan yang paling betul atau paling tepat.

• jawapan dipilih daripada dua atau lebih pilihan.

Contoh:
1. Format salah betul

2. Padanan

3. Aneka pilihan

Format salah betul

• Soalan jenis ini mengandungi penyataan yang perlu ditandakan dua pilihan sahaja iaitu betul (B) atau salah (S), setuju (S) atau tidak setuju (TS), dan ya (Y) atau tidak (T).

Contoh;

1. Tandakan sama ada Betul (B) atau SALAH (S) bagi contoh antonim berikut:

• Hitam – Putih ( )

Padanan

• Soalan jenis ini memerlukan pelajar memilih jawapan dengan memadankan objek atau perkara yang berkaitan di sebelah kiri atau di sebelah kanan.

• Bilangan padanan tidak perlu terlalu banyak bagi mengelakkan kekeliruan semasa menjawab.

• Ayat yang digunakan juga tidak perlu terlalu panjang.

Aneka Pilihan

• Aneka pilihan tergolong dalam item tetap kerana item jenis ini diberikan tindak balas tetap.

• Jenis item aneka pilihan;

1. Berbentuk soalan

2. Pokok soalan berbentuk ayat tidak lengkap

3. Jenis jawapan terbaik

4. Analogi

5. Antonim

6. Jenis negative

7. Mengisi tempat kosong

8. Item jenis campuran

Teknik kloz

• Terbahagi kepada tiga jenis pilihan:

1. Stimulus (rangsangan)

• bahagian soalan yang mengandungi maklumat khusus dimana soalan itu didasarkan, mungkin dalam bentuk teks, grafik, jadual, atau perbualan.

2. Stam

• bahagian soalan yang mengandungi tugasan dan biasanya berbentuk ayat, ayat tidak lengkap atau soalan.

3. Jawapan pilihan

• bahagian soalan yang mengandungi jawapan pilihan yang berbentuk angka simbol, frasa, gambarajah, jadual dan lain-lain.

Perkara berikut harus dipatuhi semasa membina soalan jenis aneka pilihan:

1. Arahan mesti jelas dan mudah difahami.

2. Ayat yang digunakan tidak berbunga-bunga.

3. Jawapan yang disediakan haruslah logik.

4. Elakkan menggunakan perkataan semua di atas betul atau semua di atas salah.Aras kesukaran haruslah setara.

5. Jawapan disusun mengikut urutan abjad atau nombor.

6. Jawapan juga perlu disusun mengikut dari ayat pendek ke ayat paling panjang.

Kelebihan Ujian Objektif

1. Mempunyai objektif ujian tugas calon dan asas penilaian lebih jelas dan lebih tepat.

2. bebas daripada penyelewengan pemarkahan. Keadilan dari segi pemarkahan tersebut terjamin.

3. Tidak menggalakkan penipuan.

4. Mempunyai nilai potensi diagnostik yang tinggi.

5. Boleh diskor dengan tepat.

6. Boleh diskor dengan menggunakan mesin dan tidak memerlukan orang-orang yang terlatih.

7. Pemeriksaan boleh dipercayai.

8. Bebas daripada artikulasi verbal. Ia tidak memerlukan kefasihan bahasa.

9. Dapat mengukur proses mental yang tinggi.

10. Memberi sumbangan kepada sampel isi yang luas.

11. Dapat menyumbang kepada cara pengumpulan item yang baik.

Kelemahan Ujian Objektif

1. Tidak dapat mengukur kebolehan pelajar memilih, mengatur dan membuat sentisis idea-idea dan melahirkannya secara sepadu.

2. Ada kecenderungan menggalakkkan pelajar-pelajar meneka.

3. Calon terpaksa menggunakan banyak masa untuk membaca dan berfikir.

4. Memaksa guru-guru mengambil masa yang banyak untuk menyediakannya. Banyak tenaga yang digunakan.

5. tidak dapat mengukur keaslian.

Sumber: http://rozaidisalim.blogspot.com/2009/02/interaksi-4-pembinaan-ujian.html

No comments:

Post a Comment