Monday, November 7, 2011

SOALAN SUBJEKTIF

DEFINISI
Satu bentuk penyataan yang berbentuk pertanyaan dalam instrumen pentaksiran untuk menguji pengetahuan, pengalaman, kemahiran serta tahap kebolehan kognitif calon melalui respon secara tulisan.
Terdapat dua jenis soalan subjektif:
  • Item jenis struktur
  • Item jenis esei
Prinsip pembinaan soalan jenis struktur
1. Terbentuk daripada satu atau dua bahagian isi kandungan jawapan
2. Mengandungi beberapa patah perkataaan dan bahan-bahan yang disertakan pada soalan.
3. Mengehadkan isi dan bentuk jawapan.
4. Jawapan berbentuk pendek dan tidak panjang.
5. Jawapan tidak memerlukan huraian lanjutan.

Prinsip pembinaan soalan jenis esei
1. Aras kesukaran soalan hendaklah setara.
2. Bahasa yang digunakan tidak perlu berbunga-bunga.
3. Soalan hendaklah jelas dan sesuai dengan aras kemahiran pelajar.

Terdapat dua jenis item esei
1. Item tindak balas terhad
2. Item tindak balas lanjutan
Item tindak balas terhad
1. Membataskan isi dan bentuk tindak balas.
2. Dihadkan kepada skop/topik tertentu sahaja.
3. Berupaya mengukur aras kognitif isi yang terbatas.

Item tindak balas lanjutan
1. Berbeza daripada item tindak balas terhad.
2. Tidak membataskan isi dan bentuk tindak balas.
3. Pelajar akan dirangsang untuk berfikir dan mengaitkan serta mengaplikasikan pengetahuan serta pengalaman yang dipelajari di bilik darjah atau pengalaman sedia ada murid dalam jawapan mereka.

Kelebihan Ujian Subjektif
1. Dibina dengan mudah. Bilangan soalan yang dibina sedikit.
2. Berupaya mengurangkan tekaan jawapan.
3. Berupaya memberi peluang kepada calon untuk menunjukkan kebolehannya.
4. Menggunakan pengetahuan dan kemahiran mereka menghampiri situasi sebenar.
5. Mengesan punca kelemahan, salah tafsiran, konsep-konsep yang samar-samar.
6. Menggelakkan pemikiran pembelajaran pada peringkat atau proses mental yang tinggi.
7. Mempunyai potensi untuk mengukur keaslian
8. Tidak menggunakan masa yang banyak untukmenyediakannya.
kelemahan Ujian Subjektif
1. Nilai potensi diagnostik yang rendah
2. Cenderung untuk menggalakkan penipuan. Pelajar-pelajar boleh menghafaz karangan dan menuliskannya dalam ujian itu.
3. Tidak boleh diskor dengan mesin. Ia memerlukan orang-orangyang terlatih.
4. Pemeriksaan kurang boleh dipercayai.
5. Tidak dapat menyumbang kepada sample isi yang luas.
6. Memerlukan masa yang panjang bagi murid menjawabnya dan bagi pemeriksa memeriksanya. Ia mahal dan membosankan.
7. Tidak bebas daripada artikulasi lisan. Ia memerlukan kefasihan berbahas.

Sumber: http://rozaidisalim.blogspot.com/2009/02/interaksi-4-pembinaan-ujian.html

No comments:

Post a Comment